0.1 : Pengalaman Online Interview di UKM !





PENGALAMAN ONLINE INTERVIEW DI UKM


Bismillah, fuhh this is my first entry in 2020 after leaving my so called 'blogging' career during my primary school. HEHE. At that time, i was eager to learn everything about IT including the skills of using editing apps such as Adobe Photoshop, Photoscape, Effect editing - PicMonkey etc. And i think it is better for youth nowadays to have such interests in their childhood that will build up their soft skills and knowledge for future usage. Lel. Btw it depends on you too, if you find interests in something else, then you don't need to force yourself in something you're not interested in. but somehow it helps me alot during my secondary school studies, cuz only few of my classmates know how to use Microsoft Apps.  

(STOP! excuse me, let me change the language to BM, cuz i want to express my feelings sincerely about the idea of having an online interview)

Excuse me!!💟💟💟💟 GIF by Sehun's Girlfriend


Ok, as you guys know, tahun 2020 adalah titik hitam dalam kehidupan setiap individu yang ada di muka bumi ini (cehh ayatnyaaa 🤣). Alaa, macam tahun 2012 laa. Orang luar sibuk claim tahun tulah hari kiamat. Siap ada movie lagi. But 2020 ni kinda unexpected la cantu. 

Jadi, disebabkan pandemik Covid-19 yang berlaku almost satu dunia ni, pihak atasan pun carilah alternatif baru untuk pelajar lepasan SPM, Tingkatan 6, STAM, Asasi, Matrikulasi dan sebagainya untuk mereka mendaftarkan diri bagi peringkat pengajian seterusnya. Yelaa, kalau biar lama-lama nanti, minda kosong, hati bercelaru memikirkan dapat ke tak sambung belajar pada tahun yang sama. Masa pun banyak terbuang. Lagilah gundah gulana gitcheww.

From what i heard la, kan pelajar lepasan SPM 2019 dah keluar keputusan UPU, diorang hanya perlu daftarkan diri diorang secara online di laman web Universiti masing-masing dan akan masuk kuliah pada tahun depan. 

(Maklumat ini saya dapat drpd cousin saya yg juga merupakan pelajar lepasan SPM) 

Tapi ada jugak senior yang kata, pelajar yang baru masuk akan daftarkan diri mereka di Universiti masing-masing manakala pelajar lama kena teruskan pengajian mereka secara online kecuali those yang amik course yg guna pakai 'lab'. Jadi, nak tahu apa-apa maklumat kena refer U masing-masing 😁.

Berbalik kepada tujuan asal untuk taip entry ni, saya sebagai pelajar lepasan STAM 2019 (ecewahh), ingin berkongsi maklumat tentang temuduga online bersama Universiti Kebangsaan Malaysia. 


UKM Graduate School of Business – Rising the bar of management ...


Untuk pengetahuan anda semua, saya telah memilih kos psikologi (Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian [Psikologi]) di UKM. Ada juga buat beberapa pilihan lain masa isi UPU tu. Tapi entah mengapa diri ini mahu lari bidang HEHE. tapi sebenarnya takdelah lari sangat pun. Kita amik STAM, belajar agama kan, soo apa salahnya kita amik bidang selain bidang agama dan relatekan kos yg kita amik tu dgn konsep islamik. Haa gituu. Sambil-sambil tu naklah jugak kan kawan dengan orang yg lainn sikit daripada kita. Dari situ minda kita akan terbuka apabila dgr pendapat org lain yg tak sama dgn pandangan islamik kita. 

SOOOOO, nak dipendekkan cerita saya melepasi tahap pertama iaitu layak ditemuduga dengan membuat video resume & jawab ujian ApPipu (ujian ni takdelah susah macam SPM dulu yaa adik2, ujian ni lebih kepada tengok mental health state kita. Macam ujian psikometrik jugaklah). Kira oklah bukan live-interview macam sesetengah universiti yang lain huhu 😪.

First sekali yang saya buat bila dah dapat offer letter tu, saya bukak Youtube & search video resume org lain especially yg dpt tawaran UKM. And guess what, perghhhh padu2 video resume mereka. Siap ada yang record kat Putrajaya lagi wehh. Masatu, tipulah kalau tahap konfiden kita tu tak jatuh. Rasa macam tak layak tauuu nak masuk UKM. Tapi adik2, jangan putus asa kat situ. Kita cuba buat yg terbaik.

Saya pun mulalah dengan merangka ayat pada kertas A4, buat teks untuk Video Resume saya. Sambil tu tengoklah macam mana flow video resume senior2 di Youtube. 

Langkah-langkah sebelum membuat video resume :-
  1. Rangka ayat / Buat teks
  2. Cari tempat yang sesuai untuk buat recording
  3. Pastikan mempunyai kelengkapan gadget yang sempurna(Phone, Mic, Standee/Selfie stick pun boleh, Lighting etc.)
  4. Minta bantuan adik-beradik/kawan untuk record (optional, kalau pakai standee toksah dah minta tolong HEHEHE)
  5. Rakam separuh-separuh
*Untuk no. 5, kalau nak record terus semua pun okay, tapi takut ada yg tak lancar, soo better trim/cut some parts.

Dah elok ikut semua step tu, saya pun rakamlah sorang-sorang dalam bilik. Yang kelakarnya, saya off kipas sebab takde Mic, jadi taknak bunyi angin masuk, saya pun bermandi peluh merakam diri. Dan tadaaaa. Nilah hasilnya.. ✨🎉🎊



Boleh nampaklah cringeee nyaaa disitu. Dengan thumbnail acah lawaaanyaaa padahal catfish ajee. And disebabkan video nilah , kawan-kawan yang dapat task kemudian drpd saya buat video ni as reference. Malu jugaklaaa 😅 Btw, kalau korang kena post video resume kat Youtube but at the same time korang taknak org lain selain lecturer & penilai interview korang yg tgk, Youtube ada sediakan pilihan untuk org yg ada 'link video' sahaja yg boleh tgk. (Kalau ada permintaan kat komen suruh share, saya share caranya 😁)

Oh, video ni saya edit menggunakan aplikasi InShot kat Google Playstore. So far, senanglah guna apps ni. Sebab dia boleh save as draft sekali. Jadi toksah kita dok ulang buat benda dari mula kalau nak sambung edit nanti. Thumbnail pulak saya edit kat PicsArt.

Untuk background music pulak, korang search je kat Youtube ,contohlah nak letak lagu Love Story - Taylor Swift, hanya tambah 'karaoke / music without voice' sahaja nohh. Pastu search kat Google, 'Youtube to mp3 converter' nnnnn dah siap! 😆😗

(Again, kalau nak tahu dgn lebih detail, boleh komen)


Setakat inilah sahaja perkongsian saya untuk online interview by UKM. Next entry, saya share pengalaman 'Live-interview' dengan UIAM pulak okiesss. 


Terima kasih, kerana sudi membaca bebelan si Anxiety ❣









Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman 'Live-Interview' di IIUM a.k.a UIAM !

My UPU Result coming out !